Bagaimana aktiviti kesihatan boleh menjalinkan perpaduan
BAGAIMANA AKTIVITI KESIHATAN BOLEH MENJALINKAN PERPADUAN :-
Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuh perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan dan perpaduan ialah kita dapat menjalinkan Sesuatu hubungan antara masyarakat satu sama lain. Hal ini dapat memupuk kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun berlainan agama budaya dan asal usul.
Sebagai contoh perkara yang boleh menyebabkan kesihatan dan perpaduan itu terjalin bersama adalah aktiviti gotong-royong. Ketika aktiviti gotong royong dilaksanakan sudah semestinya badan kita akan mengeluarkan peluh yang membolehkan tubuh badan kita terus kekal cergas. Sudah semestinya sikap tolong menolong akan hadir sewaktu aktiviti gotong royong. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi dalam sesebuah masyarakat maka perpaduan akan terjalin. Seterusnya, sudah semestinya kita dapat meningkatkan kesihatan dan perpadauan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat Malaysia. Sebagai contoh aktiviti yang boleh dianjurkan oleh kerajaan kepada masyarakat adalah aktiviti sukan negara. Hari Sukan Negara merupakan hari yang paling di tunggu tunggu oleh masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti yang diajurkan oleh kerajaan sangat lah menyeronokkan dan bermanfaat
Ulasan
Catat Ulasan