Contoh aktiviti kesihatan yang boleh memupuk perpaduan
CONTOH AKTIVITI KESIHATAN YANG BOLEH MEMUPUK PERPADUAN :-
1 - Kempen Menderma Darah
Perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Hal ini demikian kerana kita dapat melihat di sekeliling kita mengenai proses kerjasama antara kaum sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum. Visi Pusat Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan. Seperti yang kita sedia maklum, stok di bank darah semakin hari semakin berkurangan.
Tambahan pula berlakunya fenomena pandemik Covid-19 ini menyebabkan pengurangan pendermaan darah oleh masyarakat. Sehubungan itu, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah ketika sidang media di Putrajaya berkata . “Stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di seluruh negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengalami penurunan sebanyak 40 peratus berbanding dengan tahun sebelum ini.”
2 - HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN NEGARA
Contoh kedua yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan lebih mudah mengenai konsep kesihatan dan perpaduan ini ialah melalui program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini.
“Hari Sukan Negara” yang disambut selama sehari pada minggu kedua Oktober sejak 2015 telah ditukar namanya kepada “Bulan Sukan Negara” yang diwujudkan mulai Oktober 2019. Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa adalah keutamaan sangat penting terhadap program Bulan Sukan Negara bagi menjamin agenda “Sukan Untuk Semua” kekal relevan sepanjang zaman.
Tujuan sukan negara
Untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa
Seperti yang kita lihat, agenda “Sukan Untuk Semua” itu dapat dikaitkan serba sedikit mengenai perpaduan antara masyarakat ketika bersukan. Contoh yang paling mudah diambil semasa Bulan Sukan Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun komuniti setempat mereka. Oleh itu, wujudnya kerjasama antara satu sama lain apabila bersukan sekaligus dapat mencapai kemenangan ketika menyertai sesuatu acara atau pertandingan.
3- PROGRAM BADAN SIHAT MINDA CERDAS
Amalan ini perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan gaya hidup sihat perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan. Sebagai contoh, pengambilan makanan seimbang, aktiviti senaman, menjaga kebersihan dan lain-lain. Amalan gaya hidup sihat ini mempunyai banyak kepentingannya jika diamalkan dari peringkat sekolah lagi
Ulasan
Catat Ulasan